Tindakan AS Politikkan Isu Hak Asasi Bawa Ancaman Serius
Tindakan Amerika Syarikat (AS) mempolitikkan isu hak asasi manusia membawa ancaman serius kepada usaha pembangunan hak asasi global, menurut Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS).
CSHRS dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini menganggap perbuatan AS tersebut adalah untuk memelihara kepentingan politik dan kedudukan hegemoninya di lingkungan sejagat.
Laporan itu berbunyi bahawa AS menjadikan hak asasi sebagai peralatan politik, dan menetapkan pendirian dalam hal ini berdasarkan strategi politiknya.
Apabila piawaian hak asasi antarabangsa bercanggah dengan strategi globalnya, AS akan terus melepaskan prinsip hak asasi atau memilih prinsip yang bermanfaat kepada kepentingan sendiri.
Selain itu, AS juga melabelkan negara yang mengancam kepentingan politiknya sebagai “pencabul hak asasi”.