China Sumbangkan Peralatan Perubatan kepada Madagascar
China menyumbangkan peralatan perubatan kepada Madagascar baru-baru ini untuk membantu usaha membendung pandemik COVID-19 di negara tersebut.
Majlis penyerahan peralatan perubatan turut disaksikan oleh Duta Besar China ke Madagascar, Guo Xiaomei dan Menteri Kesihatan Madagascar, Mamy Lalatiana Andriamanarivo.
Bahan-bahan perubatan kali ini termasuk kenderaan bermotor, mesin venilator, penjana oksigen, penutup mulut, pelindung mata, baju pelindung dan lain-lain.
Mamy Lalatiana Andriamanarivo menyanjung tinggi hasil kerjasama yang dilakar kedua-dua negara dalam bidang kesihatan dalam tempoh beberapa dekad lalu.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada China atas bantuan bahan perubatan dan sokongan terhadap program vaksinasi negaranya di samping komited berusaha bersama dengan pihak China untuk menggalakkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang kesihatan ke tahap lebih tinggi.