Bangladesh Bantah "Sekatan Hak Asasi Manusia" AS
CRI2021-12-13 13:15:03
Kementerian Luar Bangladesh memanggil Duta Besar Amerika Syarikat (AS) kelmarin untuk membantah sekatan AS yang menyasarkan pegawai Batalion Aksi Pantas kendalian pasukan polis Bangladesh dengan dalih pencabulan hak asasi manusia.
Pada hari yang sama, Menteri Luar Bangladesh, Abdul Momen berkata, sekatan AS itu tidak berdasarkan fakta sebenar. Salah satu tugas utama yang dipikul Batalion Aksi Pantas justeru bertindak menjamin dan melindungi hak asasi manusia milik rakyat di negaranya.
Menteri Penerangan dan Penyiaran Bangladesh, Hassan Mohamud juga menyifatkan sekatan sepihak itu tidak sah. Tambah beliau, keadaan hak asasi manusia di AS buruk sekali.