Bahasa Melayu

Kebenaran Disebalik Demokrasi AS

CRI2021-12-10 14:01:15

"Sidang Kemuncak Demokrasi" bermula di Amerika Syarikat (AS), pada Khamis.

Atas nama "demokrasi", negara yang terkenal dengan panggilan Uncle Sam itu kelihatan giat membahagi-bahagikan kem dalam kalangan negara di dunia selain menjadi batu api untuk memecahbelahkan negara semata-mata bagi membela hegemoninya.

Bagaimanapun, kacau bilau demokrasi, jurang perbezaan antara golongan miskin dengan kaya, diskriminasi kaum, huru-hara pilihan raya dan penularan wabak tanpa kawalan telah mendedahkan kehilangan dan kegagalan sistem demokarasi AS.

Lebih parah, campur tangan ketenteraan dan apa yang disebut "pengubahsuaian demokratik" oleh AS sebagai ketuanya telah membawa siri rangkaian tragedi.

Melihat kepada kesemua kebenaran sebenar, "Sidang Kemuncak Demokrasi" hakikatnya adalah satu ironi dan lakonan politik.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn