Guterres Sah Hadir Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing
CRI2021-12-10 11:12:14
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengesahkan Setiausaha Agung Antonio Guterres sudah menerima jemputan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.
Perkara itu diumumkan jurucakap PBB, Stephane Dujarric.
Menurutnya, selain Guterres, dua Setiausaha Agung PBB yang terdahulu juga menghadiri hampir setiap acara Sukan Olimpik sejak Sukan Musim Sejuk 2002 di Salt Lake City.