Bahasa Melayu

Pertumbuhan Ekonomi China, Manfaat Buat Semua - IMF

CRI2021-12-07 14:20:53

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva menyifatkan China sebagai enjin utama dalam pertumbuhan ekonomi dunia dan menyatakan bahawa sokongan kuat terhadap pertumbuhan ekonomi China bukan sahaja akan membawa manfaat kepada China, tetapi juga dunia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Dialog Meja Bulat “1+6” secara maya pada Isnin.

Dalam pada itu, Georgieva menyatakan bahawa demi memastikan pemulihan ekonomi dunia, dasar setiap negara perlu komited kepada vaksinasi serta mengubahsuai dasarnya menurut perkembangan terkini wabak COVID-19 dan situasi pembangunan ekonomi selain mempercepat pembaharuan agar dapat membangunkan ekonomi yang mapan dan inklusif.

Pada sidang itu juga, beliau turut mengemukakan empat fokus bagi kerjasama sejagat agar pelbagai negara dapat berganding bahu dengan lebih baik untuk menyokong pemulihan ekonomi dunia.

Menurut Georgieva, ia adalah termasuk memastikan matlamat PBB supaya 70 peratus individu di dunia divaksin menjelang pertengahan tahun 2022 tercapai, merancakkan sistem perdagangan multilateralisme, mengambil tindakan segera untuk mewujudkan sasaran pelepasan karbon sifar dan memberikan sokongan kepada pemulihan ekonomi entiti membangun.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn