FOCAC Perluaskan Kerjasama Afrika-China
Persidangan Menteri-menteri kelapan Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) yang berlangsung di Dakar, Senegal pada 29 hingga 30 November lalu berjaya meluluskan pelbagai dokumen.
Dalam Seminar mengenai Hasil Forum Kerjasama China-Afrika anjuran Pusat Globalisasi China (CCG), tetamu dari Afrika menyampaikan penghargaan tinggi kepada hasil yang dibuahkan dalam forum edisi ini dengan harapan tinggi terhadap pelaksanaan langkah-langkah yang berkaitan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Baharu untuk Pembangunan Afrika, Agensi Pembangunan Kesatuan Afrika (AUDA-NEPAD), Ibrahim Assane Mayaki menyanjung tinggi terhadap komitmen China yang menyumbang satu bilion lagi dos vaksin COVID-19 kepada Afrika.
“Menurut pihak China, 400 juta dos vaksin antaranya akan dikeluarkan bersama oleh syarikat China dengan negara-negera Afrika. Tindakan ini dipercayaai dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran vaksin dan ubat-ubatan syarikat Afrika,” katanya.
Sementara itu, Duta Besar Kesatuan Afrika ke China, Rahamtalla Mohamed Osman pula menyatakan, forum yang berhasil tersebut akan membuka ruangan baharu bagi kerjasama China-Afrika.