Bahasa Melayu

Kawal Lagi Kemasukan Sempadan Ekoran Varian Omicron

CRI2021-11-28 15:00:55

Mencegah penularan varian Omicron koronavirus baharu menjadi matlamat baharu dalam kempen kuarantin global.

Dalam tempoh masa dua hari dari 26 hingga 27 November lalu, sejumlah negara telah melaksanakan perintah larangan penerbangan dan pengembaraan menyasarkan lokasi yang paling awal dilaporkan terdapat kes varian Omicron, iaitu Afrika Selatan dan beberapa negara yang berjiran dengannya.

Tokoh-tokoh bidang perubatan menyeru secepat mungkin mengambil suntikan vaksin koronavirus baharu masih dianggap langkah berkesan untuk mencegah penularan virus.

Sementara itu, gambar yang pertama tentang varian Omicron telah diumumkan pasukan pengajian Hospital Kanak-kanak Rom, Itali semalam.

Menurut ahli pengajian berkenaan, koronavirus baharu melalui variannya menyesuaikan diri dengan badan manusia, namun tidak bermakna varian itu berubah menjadi lebih berbahaya.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn