Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing Jadi Senario Baharu
CRI2021-11-22 12:23:33
Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dalam sidang pleno Majlis Olimpik Asia di Dubai semalam menyatakan bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dijangka akan menjadi senario baharu bagi sukan musim sejuk.
Menurut beliau, Beijing bakal menjadi bandar yang pertama yang menganjurkan sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk dalam sejarah. Pelbagai kerja persiapan berjalan lancar di China pada masa sekarang. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang akan berlangsung di Beijing akan menjadi senario baharu bagi sukan musim sejuk.