Bahasa Melayu

Masyarakat Antarabangsa Perlu Sokong Kedamaian dan Pembangunan Afghanistan

CRI2021-11-18 16:06:39

Masyarakat antarabangsa perlu memperkasakan kolaborasi bagi menyokong Afghanistan menempuh jalan kedamaian dan pembangunan.

Seruan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun ketika berucap dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai situasi Afghanistan pada Rabu.

Menurut beliau, usaha kedamaian dan pembangunan semula Afghanistan kini menghadapi cabaran dari empat aspek utama iaitu kemanusiaan, ekonomi, antikeganasan dan politik. Dalam pada itu, krisis kemanusiaan antara cabaran yang paling serius dan mendesak.

Beliau turut menggesa supaya perhatian diberikan terhadap sekatan sepihak ke atas Afghanistan, khususnya tindakan membeku aset negara itu di seberang laut.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn