Bahasa Melayu

Naib Presiden FED: Inflasi Kekal Tinggi Tanda Kesalahan Dasar

CRI2021-11-09 15:24:22

Kadar inflasi Amerika Syarikat(AS) pada masa ini jauh lebih tinggi daripada tahap sesuai yang dijangkakan Rizab Persekutuan Amerika(FED). Jika keadaan ini berterusan, ia akan menandakan kesalahan dasar.

Demikian dinyatakan oleh Naib Presiden FED, Richard Clarida pada Isnin lalu.

Katanya, indeks inflasi AS akan mencatat 4 peratus pada tahun ini, lebih tinggi berbanding 3.7 peratus yang diunjur FED pada bulan September lalu.

Menurut ramalan FED, kemungkinan kenaikan kadar faedah untuk kali pertama pada tahun 2022 akan melebihi 50%.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn