Penulis Perancis Seru Berikan Penilaian yang Adil terhadap China
Penulis Perancis yang terkenal yang juga pengulas politik semasa dan wartawan, Maxime Vivas mengeluarkan satu petisyen dalam laman sesawang kebajikan awam 'Change' yang menceritakan fitnah dan hinaan yang dialaminya ekoran penilaiannya yang objektif dan adil terhadap China pada beberapa tahun lalu. Beliau turut menyeru pelbagai kalangan masyarakat agar 'menghormati China seumpama menghormati diri sendiri'.
Vivas pernah menjalankan tinjauan ke Xinjiang dua kali dan menghasilkan satu buku yang bertajuk “Tamat Berita Palsu mengenai Etnik Uygur” (Ouïghours, pour en finir avec les fake news) dengan memakan masa empat tahun. Buku itu diedarkan secara rasmi oleh syarikat penerbitan (éditions de la Route de la Soie) pada penghujung tahun 2020. Dalam buku itu, Vivas dari segi wartawan profesional, mendedahkan khabar angin yang direka-reka oleh Pembiayaan Demokrasi Negara AS (NED), Kongres Uygur Dunia dan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) seperti 'China bertindak menghapuskan etnik dan menahan jutaan penduduk etnik Uygur'.
Vivas memberitahu wartawan The Global Times pada 2 November bahawa petisyennya sudah dibubuh 150 nama pemohon dari pelbagai kalangan dari banyak negara.