UNEP: Modal Hadapi Perubahan Iklim Tidak Cukup
Menurut “Laporan Jurang Penyesuaian 2021 (Adaptation Gap Report): Saat Menjelang Ribut” diumumkan Program Persekitaran PBB (UNEP) semalam, walaupun jumlah dasar dan rancangan mengenai perubahan iklim kian meningkat, namun jumlah peruntukan modal dan pelaksanaan terbabit masih jauh dari mencapai tahap yang diperlukan.
Banyak negara gagal menggunakan peluang pemulihan ekonomi pasca wabak COVID-19 untuk mengintensifkan keupayaan diri dalam menghadapi impak dibawa perubahan iklim di samping mendorong pembangunan ekonomi hijau.
Ketua Eksekutif UNEP, Inger Andersen menyatakan bahawa walaupun seluruh dunia berusaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, namun usaha itu masih jauh dari mencukupi. Oleh itu, pelbagai negara diseru perlu melipat-gandakan usaha menangani perubahan iklim.