Inisiatif Tindakan Global 2021 CMG Dirasmikan
Sempena Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tentang Perubahan Iklim di Glasgow, Kumpulan Media China (CMG) Pejabat Amerika Utara telah memperkenalkan Inisiatif Tindakan Global 2021, yang menumpu kepada pelbagai bidang yang berkaitan dengan usaha menangani perubahan iklim, dan bertujuan mengumpulkan pendapat dari penyusun dasar, pemerhati dan golongan belia, dan melantangkan seruan tentang tindakan menangani perubahan iklim menerusi wahana media.
Program khas "Inisiatif Tindakan Global 2021--Perubahan Iklim" CMG yang mula disiarkan semalam, akan berlangsung selama lima hari, dengan menyaksikan penglibatan Presiden Sierra Leone, Perdana Menteri Iceland, dan pegawai kanan dari Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan PBB dalam perbincangan terbabit.
Pada majlis perasmian, Presiden CMG, Shen Haixiong menyeru warga media memikul tanggungjawab, giat membantu khalayak ramai memupuk kesedaran terhadap peradaban ekologi, membuat penerangan di kalangan rakyat mengenai peri pentingnya untuk memahami dan melaksanakan persepakatan multilateral dalam kerjasama menangani perubahan iklim, dan menyemarakkan suasana perbincangan melalui wahana media yang berfokus kepada tindakan substantif.