Bahasa Melayu

Pemulihan Kerusi PRC di PBB Semarakkan Keadilan: Guterres

CRI2021-10-25 16:06:43

Pemulihan kerusi keanggotaan sah Republik Rakyat China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lima dekad lalu satu detik yang menyemarakkan keadilan, kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Dalam pertemuan secara maya dengan Presiden China, Xi Jinping hari ini, Guterres berkata, pembangunan China membawa peluang kepada dunia.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada China yang sentiasa mempertahankan multilateralisme, memberi sokongan kepada PBB dan memainkan peranan penting bagi memacu kedamaian dan pembangunan dunia.

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa supaya memperkasa perpaduan dan kerjasama, menjunjung multilateralisme, menambah baik tadbir urus global, dan merealisasikan lebih banyak keadilan.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn