Ratu Elizabeth II Kembali ke Istana Windsor
CRI2021-10-22 14:39:31
Ratu Britain, Elizabeth II membatalkan lawatannya ke Ireland Utara dan dimasukkan ke hospital pada Rabu. Baginda sudah kembali ke Istana Windsor petang Khamis.
Menurut jurucakap Istana Buckingham, baginda telah menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital mengikut nasihat doktor demi berehat beberapa hari. Baginda kini berada dalam keadaan mental yang baik.