Bahasa Melayu

Venezuela dan Belarus Bantah Campur Tangan Urusan Dalaman China

CRI2021-09-25 16:39:39

Pada sesi ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) yang diadakan di Geneva semalam, Pakistan mewakili 65 negara menyampaikan ucapan yang menegaskan isu Hong Kong, Xinjiang dan Tibet merupakan urusan dalaman China dan tidak boleh dicampur tangan negara lain.

Sementara itu, Duta Besar Venezuela dan Belarus ketika diwawancara wartawan Kumpulan Media China (CMG) berkata, menghormati kedaulatan, kebebasan dan keutuhan wilayah serta tidak mencampuri urusan dalaman negara lain merupakan norma asas hubungan antarabangsa.

Wakil Tetap Venezuela ke Geneva, Héctor Constant Rosales berkata, pihaknya mengutuk dengan keras sekatan secara sepihak yang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS), Kanada, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) terhadap individu dan entiti di Xinjiang dengan alasan hak asasi manusia. Beliau menyifatkan langkah tersebut sebagai senjata politik yang mencampuri urusan dalaman China.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap dasar "satu negara dua sistem" di Hong Kong. Menurutnya, hak asasi manusia dan kebebasan penduduk Hong Kong telah terjamin setelah Undang-Undang Keselamatan Negara dikuatkuasakan.

Héctor Constant Rosales berkata, pihaknya menentang tindakan mempolitikkan isu hak asasi manusia dan dwistandard dalam isu tersebut, serta menentang tuduhan tidak berasas yang bermotifkan politik dan diskriminasi yang bertujuan mencampuri urusan dalaman China.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn