Bahasa Melayu

AS Usir Pelarian Haiti Belakangi Norma Antarabangsa

CRI2021-09-23 15:13:48

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pelarian, Filippo Grandi kelmarin mengeluarkan kenyataan yang menyatakan kecewa atas status berpuluh ribu pelarian di kawasan sempadan negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) serta operasi pengusiran pelarian secara besar-besaran di negara tersebut.

Beliau menyeru kerajaan AS melindungi hak yang sewajarnya pemohon suaka dengan mematuhi norma antarabangsa.

Menurut kenyataan itu, lebih 14 ribu orang warga Haiti berkumpul di Del Rio, bandar di kawasan sempadan Texas. Kerajaan AS melancarkan operasi besar-besaran untuk mengusir pelarian tersebut tanpa mengemukakan pertanyaan permintaan perlindungan mereka serta mengadakan saringan. Langkah tersebut mencabul hak pelarian tersebut untuk memohon suaka.

Sejumlah besar warga Haiti tiba di Del Rio yang berjiran Mexico dengan menyeberangi sungai baru-baru ini dan memohon suaka kepada AS akibat gempa bumi, huru-hara dan kemiskinan tegar di Haiti. AS mengusir secara besar-besaran pelarian tersebut bermula 19 September lalu.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn