Bahasa Melayu

Program Radio dan Televisyen Disiarkan secara Normal

CRI2021-09-20 14:28:08

Kerja pelbagai agensi kerajaan telah disambungkan sejak Taliban mengambil alih pemerintahan Kabul, termasuk Stesen Radio dan Televisyen Kebangsaan Negara. Sekarang, program radio dan televisyen disiarkan secara normal.

Demikian dikatakan Ketua Pengarah Stesen Radio dan Televisyen Kebangsaan Afghanistan yang dilantik oleh Taliban, Atiqulla Aziz dalam temu ramah dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) kelmarin.

Atiqulla Aziz menambah, stesen itu perlu memenuhi permintaan rakyat terhadap maklumat dari pelbagai bidang yang melibatkan ekonomi, pertanian, kebudayaan, politik, kesihatan, perubatan dan sebagainya, di samping memberi keperihatinan terhadap pelbagai lapisan masyarakat.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn