Bahasa Melayu

Kazakhstan Sokong Anggota CSTO Pulihkan Hubungan Ekonomi dan Perdagangan dengan Afghanistan

CRI2021-09-17 13:43:17

Menurut situasi ekonomi dan sosial Afghansitan pada masa ini, negara itu dijangka berisiko mengalami krisis kemanusiaan, pelbagai negara anggota Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) sepatutnya menyokong pemulihan hubungan ekonomi, perdagangan, pengangkutan dan logistik dengan Afghanistan. Demikian dinyatakan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev ketika menghadiri sidang kemuncak CSTO di Dushanbe semalam.

Tokayev juga mencadangkan agar negara anggota CSTO memberikan perhatian kepada tindakan rejim baharu Afghanistan dan menggubal strategi jangka panjang terhadap negara itu.

Serentak itu, Tokayev menyatakan sokongan terhadap pendirian CSTO mengenai tidak menerima pelarian Afghansitan dan menolak pangkalan ketenteraan negara luar rantau itu ditubuhkan di wilayah negara anggota CSTO.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn