Bahasa Melayu

UNCTAD: Prestasi Ekonomi China Menonjol

CRI2021-09-16 14:11:15

Ekonomi China mencapai prestasi yang menonjol kerana mengelak daripada kemelesetan pada tahun lepas.

Demikian ditunjukkan dalam Laporan Perdagangan dan Pembangunan Tahun 2021 yang dikeluarkan Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) semalam.

Dimaklumkan, di sebalik penularan COVID-19, China mengambil langkah kawalan pengerakan dan pemeriksaan besar-besaran serta cepat mendorong pemvaksinan, yang kesemuanya terbukti berkesan dalam membendung wabak. Sementara itu, China berjaya mengekalkan pelaksanaan projek pelaburan. Permintaan luar terhadap produk industri domestik yang meningkat ketara setelah berakhirnya pelaksaaan perintah kawalan pengerakan, membantu ekonomi China cepat pulih. Dibanding dengan negara lain, China terlebih dahulu merealisasikan pemulihan kuat dalam import eksport, misalnya jumlah perdagangan bulanannya pada setengah tahun pertama tahun 2021 meningkat lebih 10% daripada yang tercatat sebelum tercetusnya wabak.

Bersandarkan momentum dari China, ekonomi rantau Asia Timur menunjukkan daya tahan yang kuat pada 2020, dan kadar pertumbuhannya dijangka boleh mencapai 6.7% pada 2021, dengan 6% disumbang oleh China. Selain itu, UNCTAD juga meramalkan permintaan domestik China akan pulih beransur-ansur, perbelanjaan awam pula akan bertambah secara mantap berkat sokongan kerajaan yang konsisten terhadap projek pembinaan infrastruktur yang baharu.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn