Serbia, Negara Penghasil Vaksin China Pertama Di Dunia
Kemudahan dan bahan mentah untuk penghasilan vaksin COVID-19 yang dibangunkan Syarikat Sinopharm China tiba di Belgrade, ibu negara Serbia semalam, menjadikan Serbia negara penghasil vaksin China pertama di dunia.
Ketika menyambut ketibaan kemudahan dan bahan mentah vaksin China di lapangan terbang, Menteri Kesihatan Serbia, Zlatibor Loncar berkata, majlis peletakan batu asas bagi pembinaan kilang berkenaan dijadualkan diadakan pada 9 September nanti, dan penghasilan vaksin akan dimulakan setelah pengujian kemudahan berkaitan diselesaikan. Kebanyakan vaksin yang dikeluarkan kilang tersebut akan digunakan di dalam negara Serbia, yang bakinya akan dieksport ke wilayah jirannya.
Duta Besar China ke Serbia, Chen Bo menyatakan, Serbia menjadi negara penghasil vaksin COVID-19 China pertama di dunia memperlihatkan kerjasama kedua-dua negara berkembang ke tahap yang lebih tinggi .