Poliltikkan Asal Usul COVID-19 Jejaskan Kepentingan Global
Penyelidikan merungkai asal-usul COVID-19 sepatutnya dijalankan oleh ahli sains dan sebarang kelakuan yang mempolitikkan isu ini amat mengesalkan dan hanya akan menjejaskan kerjasama global dalam memerangi pandemik itu.
Felo kanan dari Institut Kajian China-Amerika, Sourabh Gupta berkata demikian dalam satu temu bual dengan wartawan China baru-baru ini.
Menurutnya, usaha merungkai asal urus virus tersebut memerlukan tempoh masa yang panjang memandangkan banyak bukti perlu dikumpulkan dan dipilih, dan perlu dijalankan tanpa sebarang gangguan.
Beliau berpendapat, jabatan perisikan Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam usaha pencarian asal usul virus tersebut bukan sahaja berperanan mengganggu dan menunda masa kerja ahli sains, tetapi juga menambah corak politik dalam isu saintifik tesebut.
Sourabh Gupta menyifatkan perpaduan dan sinergi masyarakat antarabangsa sebagai perkara paling mendesak untuk membendung penularan COVID-19 yang sedang berleluasa, berikutan kesan negatifnya bukan sahaja boleh kelihatan dari segi kesihatan manusia, tetapi juga dari segi ekonomi sejagat.
"Malangnya terdapat begitu banyak isu dipolitikkan sejak tercetusnya pandemik COVID-19, bermula dari pencarian asal-usul virus hingga tindakan memakai pelitup dan pemvaksinan. Asas politik bagi mengintensifkan kerjasama multilateral global dalam bidang kesihatan awam turut terjejas, dan sama juga bagi pembentukan mekanisme global yang berfungsi menangani pandemik seperti ini pada masa akan datang," ujar pakar itu.