Bahasa Melayu

73 Terbunuh, 155 Tercedera dalam Dua Letupan di Kabul

CRI2021-08-27 13:59:58

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh termasuk 60 orang Afghanistan dan 13 orang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) akibat dua kali letupan yang berlaku di sekitar Lapangan Terbang Kabul, Afghanistan malam semalam waktu tempatan.

155 orang lagi termasuk 140 orang setempat dan 15 orang askar AS tercedera dalam letupan tersebut.

Tidak lama kedumian, kumpulan ekstrem Daesh mengumumkan pihaknya bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

Menurut laporan wartawan China Media Group (CMG) di Kabul, beberapa kali bunyi letupan boleh kedengaran di bandar Kabul setelah dua letupan di kawasan sekitar lapang terbang.

Jurucakap Tablian di Afghanistan, Zabihullah Mujahid dalam media sosialnya menyatakan bunyi letupan di bandar Kabul berasal dari tindakan tentera AS memusnahkan kelengkapan mereka dan penduduk bandar tidak perlu berasa risau.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn