AS Cuai Kumpul Data Domestik COVID-19
Laman sesawang "Critical Point" Amerika Syarikat (AS) telah menerbitkan satu karangan yang bertajuk "AS cuai dalam mengumpulkan data domestik sepanjang penularan COVID-19" baru-baru ini. Menurut karangan tersebut, sistem kesihatan awam negara terbabit kelihatan hampir rapuh, terbukti dengan kecuaiannya dalam pengumpulan data statistik wabak COVID-19 yang sememangnya kacau bilau. Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) hanya mampu menerima statistik kes rawatan di hospital dan kematian tentang mereka yang sudah mengambil vaksin, namun tidak pernah melakukan penjejakan komprehensif terhadap mereka yang sudah disuntik vaksin.
Dengan demikian, kebanyakan pakar AS terpaksa mencari bantuan dari negara lain, seperti Israel, Kanada dan Britain ketika menangani urusan data vaksin berkenaan.
Dimaklumkan, kekurangan statistik sentiasa merupakan cabaran paling besar yang dihadapi Washington sepanjang perjuangannya membendung wabak. Sejak tercetusnya wabak berkenaan pada 18 bulan lalu, masalah itu masih belum dapat diatasi.