Dekati Kampung Tradisional Nalu
CRI2024-10-18 15:29:05
Dibina pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), kampung Nalu di wilayah Guangxi dikurniakan iklim nyaman dan tanah subur yang sesuai untuk penanaman padi, kacang dan buah sitrus.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Nalu giat menggerakkan perkembangan bersepadu pertanian, budaya dan pelancongan sekali gus memacu pembangunan kawasan luar bandar.
Kini, kampung purba itu merupakan destinasi pelancongan popular selain menjadi pangkalan penyelidikan luar kampus bagi para pelajar.