“Kampung Warisan Budaya Tidak Ketara” di Guangxi
CRI2024-10-18 10:54:57
Kampung Liuxiang, Kaunti Autonomi Etnik Yao Jinxiu, yang didiami 1,470 orang penduduk dari 501 buah keluarga merupakan tempat perhimpunan etnik Yao yang bersejarah lama dan kebudayaan etnik yang terpelihara dengan baik.
Sehingga kini, kampung Liuxiang menjadi “Kampung Warisan Budaya Tidak Ketara” yang termasyhur dengan 15 program Warisan Budaya Tidak Ketara pelbagai peringkat dan 17 orang pewaris program Warisan Budaya Tidak Ketara.