Bahasa Melayu

BEV Terserlah dalam Pameran Automotif Musim Luruh Hainan 2024

CRI2024-09-23 11:30:03

Pameran Automotif Musim Luruh Hainan 2024 yang dilengkapi zon seluas 50,000 meter persegi lebih telah diadakan di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Hainan baru-baru ini, dengan menyaksikan penglibatan hampir seratus jenama kenderaan dan termeterainya kontrak jualan yang bernilai RMB 440 juta (RM263.45 juta).

Yang terserlah itu adalah 70 peratus kenderaan yang ditampilkan pempamer merupakan kenderaan elektrik bateri (BEV), iaitu satu peratusan yang paling tinggi dalam sejarah temasya berkenaan.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn