Bahasa Melayu

30 Kereta Monorel Persiaran Cenuram Gunung Diserahkan kepada Pelanggan Jiangxi

CRI2024-08-25 14:27:46

Tiga puluh unit kereta monorel persiaran untuk kegunaan di cenuram gunung dan sistem landasan keluaran Zhuzhou CRRC Special Equipment Technology Co., Ltd. telah dihantar ke Kawasan Pemandangan Dajueshan di provinsi Jiangxi baru-baru ini. Semua laluan projek itu yang "tertanam" di lereng gunung, beserta lebih satu pertiga landasan berkenaan yang dibina di sebelah cenuram, membolehkan para penumpang menikmati pemandangan pada ketinggian 850 hingga 1,150 meter.

Menurut laporan terbabit, setiap kereta monorel terdriri daripada enam gerabak dengan kapasiti maksimumnya boleh memuat 56 orang.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn