Jana Pendapatan Melalui Tanaman Teh Jenis Selatan di Kawasan Utara
Baru-baru ini tibalah musim menuai di perkebunan teh di kampung Tonghua kaunti Lincheng di provinsi Hebei.
Pada tahun 2012, para pekebun teh tempatan berjaya memindahkan tanaman pokok teh jenis Longjing yang berasal dari Hangzhou di kawasan bahagian selatan negara ini ke perkebunan di kampung Tonghua yang terletak di kawasan bahagian utara. Seterusnya, hasilan mereka dapat dipasarkan ke pelbagai tempat seperti bandar Beijing, Tianjin dan provinsi Shanxi, sekali gus membawa lebih 200 peluang pekerjaan kepada penduduk yang menetap di sekitar kampung Tonghua.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, industri teh Longjing yang berkembang maju di kaunti Lincheng, dilaporkan bukan sahaja kondusif bagi bertambahnya peluang pekerjaan, tetapi juga boleh membantu meningkatkan pendapatan pelancongan setempat.