Bahasa Melayu

Xi Beramah Mesra dengan Perwakilan Wartawan

CRI2021-12-16 13:13:34

Sidang Pertama Majlis Ke-10 Persatuan Wartawan Seluruh China (ACJA) dan Sidang Penganugerahan Hadiah Akhbar telah diadakan di Beijing semalam, diserikan dengan kehadiran Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping.

Sesi ramah mesra dan bergambar ramai-ramai turut diadakan di Dewan Besar Rakyat.

Pada majlis perasmian sidang terbabit, Ketua Pengarah Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat PKC, Huang Kunming berucap bahawa ACJA dikehendaki terus berpandukan arahan politik meningkatkan kemampuan dan taraf dalam menyediakan perkhidmatan kepada wartawan serta mengeratkan perhubungan dengan warga media.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn