Bahasa Melayu

Tekad China Sokong Multilateralisme Takkan Goyah

CRI2021-12-06 12:18:54

Keazaman China untuk mempertahankan multilateralisme tidak akan goyah, kata Presiden Xi Jinping ketika berucap merasmikan Forum Antarabangsa Imperial Springs 2021 pada Ahad.

Xi berkata, multilateralisme pada asasnya adalah mengenai urusan antarabangsa yang dikendalikan semua pihak melalui rundingan dan nasib dunia ditentukan semua negara.

Beliau menyeru kepada semua pihak supaya menegakkan sistem antarabangsa berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketertiban dunia berlandaskan undang-undang antarabangsa, dan norma asas perhubungan antarabangsa bersandarkan prinsip Piagam PBB.

Xi juga merayu supaya nilai murni umat manusia bercirikan aman, membangun, saksama, adil, demokratik dan bebas dapat disemarakkan lagi.

Dari segi tadbir urus global, Xi berkata adalah penting untuk mengekalkan hala tuju keseluruhan demi memajukan demokrasi dalam hubungan antarabangsa, meningkatkan perwakilan dan suara negara membangun dalam hal ehwal sejagat, serta mengemudi sistem tadbir urus global ke arah lebih adil dan munasabah.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn