Bahasa Melayu

Laluan Kereta Api Baharu Jana Pembangunan Laos

CRI2021-12-22 16:48:45

Beijing pada Selasa menepis dakwaan kononnya Laos terjebak dalam perangkap hutang susulan pembinaan landasan kereta api China-Laos.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian berkata, projek itu membantu Laos merealisasikan strateginya untuk menjadi negara yang saling hubung di daratan.

Ia akan turut menjana pembangunan Laos, sekali gus mendekatkan negara itu dengan dunia.

Menurutnya, sebagai projek ikonik kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), perkhidmatan kereta api tersebut telah mencapai hasil signifikan sejak beroperasi lebih setengah bulan lalu.

Setakat 15 Disember, nilai barangan import dan eksport yang dikendalikan menerusi perkhidmatan kargo itu dicatatkan sebanyak RMB100 juta (RM65.9 juta).

Sementara itu, kereta api penumpang menawarkan perkhidmatan kepada lebih 22,000 orang di Laos sehingga 20 Disember.

Pada masa depan, landasan itu akan menghubungkan lebih banyak negara dan diyakini mendatangkan keuntungan lebih besar kepada rakyat China, Laos dan negara-negara serantau.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn