Singapura Mahu Bersama-sama China Dorong Kerjasama Saling Untung
Negara-negara ASEAN termasuk Singapura dan China mempunyai ruang kerjasama yang amat luas, dan Singapura berharap bersama-sama dengan China mendorong kerjasama yang saling menguntungkan. Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Jabatan Urusan Pentadbiran dalam Kementerian Luar dan Kementerian Pembangunan Nasional Singapura, Sim Ann ketika menyertai aktiviti wawancara melibatkan isu China ke-14 yang dianjurkan Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura secara dalam dan luar talian kelmarin.
Sim Ann berkata, pertukaran yang kerap dapat dikekalkan antara pemimpin kedua-dua negara di sebalik perjuangan menyahut cabaran daripada pandemik COVID-19, sedangkan kerjasama dua hala pun dikekalkan perkembangan yang pantas. Yang patut ditegaskan itu adalah laluan baharu perdagangan darat dan maritim antarabangsa di bawah program kesalinghubungan Singapura-China yang berperanan melancarkan aliran barangan keperluan harian termasauk bijirin dan barangan perubatan antara kawasan barat China dengan ASEAN dalam tempoh penularan pandemik.
Menurut beliau, perjanjian pengangkutan udara antara negara ASEAN dengan China akan menyerlah dalam kerjasama bilateral pada masa depan.