Bahasa Melayu

Xi: China, Laos Berganding Bahu dan Berkongsi Nasib

CRI2021-12-03 19:17:31

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Laos, Thongloun Sisoulith mengadakan pertemuan menerusi panggilan video hari ini.

Xi berkata, tahun ini ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Laos dan tahun persahabatan kedua-dua negara.

“Dalam tempoh enam dekad yang lalu, kita berpegang kepada cita-cita bersama, menaruh keyakinan kepada satu sama lain, tolong-menolong dan berkongsi nasib. Ini sekali gus menjadi kunci kepada hubungan bilateral yang sanggup menempuhi ujian perubahan situasi antarabangsa agar menjadi lebih kukuh dan kekal dinamik.

“Berada pada titik permulaan sejarah baharu, China komited meningkatkan komunikasi strategik dengan Laos, mendorong pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan(BRI) yang berkualiti tinggi serta membina komuniti berkongsi nasib yang kukuh antara kedua-dua negara,” kata Xi.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn