Bahasa Melayu

China, Vietnam Komited Dorong Perkembangan Perkongsian Strategik Komprehensif

CRI2021-12-03 14:35:13

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Bui Thanh Son di Anji provinsi Zhejiang China Khamis lalu.

Wang Yi berkata, tahun ini amat penting bagi hubungan bilateral China-Vietnam. Kedua-dua pihak perlu berpandukan konsensus antara pemimpin tertinggi, bersama-sama mendorong perkembangan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara yang sihat dan stabil .

Bui Thanh Son mengucapkan tahniah atas kejayaan sidang pleno ke-6 Jawatankuasa Pusat ke-19 Parti Komunis China (PKC). Menurutnya, sebagai rakan seperjuangan dan jiran yang ikhlas, Vietnam sentiasa menyokong pembangunan China agar memainkan peranan yang lebih besar di arena antarabangsa.

Sementera itu, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang hubungan bilateral dan kerjasama dalam pelbagai bidang serta mencapai empat konsensus yang melibatkan meningkatkan panduan politik, memperdalam kerjasama saling menguntungkan, meningkatkan kerjasama dalam usaha melawan pandemik COVID-19 serta mengukuhkan asas kehendakan rakyat.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn