Menteri Luar Malaysia akan Lawat China
CRI2021-12-02 15:15:21
Menteri Luar Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah atas undangan rakan sejawatnya dari China, Wang Yi, akan mengadakan lawatan ke China pada 2 hingga 5 Disember.
Menteri luar kedua-dua negara ini akan bersama-sama mempengerusikan sidang pertama Jawatankuasa Peringkat Tinggi bagi Kerjasama China-Malaysia dalam tempoh lawatan ini.