Bahasa Melayu

Ren’ai Jiao, Sebahagian Wilayah Kepulauan Nansha China

CRI2021-11-25 13:18:51

Terumbu Ren’ai Jiao (Second Thomas Shoal) adalah sebahagian wilayah kepulauan Nansha China. Demikian ditegaskan Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam.

Menurut laporan berkenaan, Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana mengatakan kelmarin bahawa pihaknya telah berjaya menghantarkan kapal muatan barangan logistik ke terumbuh Ren’ai Jiao dan tidak menyaksikan berlakunya apa-apa pun kemalangan besar. Serentak itu, tiga pekerja China dari kapal polis pengawal pantai telah menaiki satu bot untuk mengambil gambar dan merakam video tentang langkah tentera laut Filipina tersebut. Kemudian, pihak Filipina menyifatkan tindakan China ini adalah untuk mengancam dan mengganggu mereka.

Sehubungan itu, Zhao menyatakan bahawa China menuntut Filipina mematuhi janjinya, iaitu menarik balik kapal tenteranya yang sengaja terkandas di Ren’ai Jiao. Pendirian China ini tidak pernah berubah. Dengan mempertimbangkan keperluan kemanusiaan, China barulah mengizinkan Filipina menghantarkan barangan keperluan kehidupan kepada kapal tenteranya kali ini. Kapa pengawal pantai China sebagai penguatkuasa yang sah tetap belayar di perairan terbabit untuk memantau sepanjang proses pembekalan logistik Filipina.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn