Bahasa Melayu

China Derma Barangan Pencegahan Wabak kepada Laos

CRI2021-11-24 14:10:36

Kementerian Luar China atas nama Jawatankuasa Bersama Sempadan China-Laos menyumbang sekumpulan barangan pencegahan wabak kepada tiga provinsi Laos yang berjiran dengan China. Majlis penyerahan barangan itu diadakan di pintu sempadan Mohan, provinsi Yunnan, China semalam.

Menurut maklumat berkenaan, barangan tersebut termasuk perkakas pengambil asid nukleik automatik, sistem analisis PCR perubatan automatik, mesin oksigen perubatan, peralatan ventilator dan sebagainya. Tindakan bantuan tersebut adalah untuk menyokong usaha mengawal wabak COVID-19 dengan sebaik mungkin di kawasan sempadan Laos.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn