Bahasa Melayu

Perkongsian Strategik Komprehensif, Batu Tanda Baharu Hubungan China-ASEAN

CRI2021-11-23 11:53:24

Presiden China, Xi Jinping menghadiri dan mempengerusikan sidang kemuncak memperingati ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN secara maya di Beijing semalam. Ini merupakan langkah diplomatik China melibatkan negara jiran yang paling penting pada tahun ini dan juga pertemuan secara kolektif antara China dengan pemimpin negara ASEAN. Demikian dinyatakan penolong Kementerian Luar China, Wu Jianghao. Hasil yang paling penting yang dicapai sidang kemuncak ini adalah hubungan China-ASEAN ditingkatkan ke perkongsian strategik komprehensif, yang dilihat sebagai batu tanda baharu dalam sejarah hubungan dua hala.

Wu menyatakan bahawa sidang kali ini telah menetapkan hala tuju baharu perkembangan hubungan China-ASEAN dan membuka lembaran baharu dalam perkembangan hubungan dua hala. China akan mengintensifkan kerjasama dan memupuk persahabatan yang menyeluruh dengan negara ASEAN, dan mendorong komuniti berkongsi nasib China-ASEAN dibangunkan ke arah yang lebih padu.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn