Bahasa Melayu

PM Malaysia: Hubungan Dialog ASEAN-China Diharap Terus Maju Jaya

CRI2021-11-22 15:50:50

Hubungan persahabatan ASEAN-China selama 30 tahun terbukti adalah berjaya dan diharap terus dinaiktaraf menjadi hubungan rakan strategik komprehensif.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa menghadiri sidang kemuncak sambutan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog China-ASESAN secara maya pagi tadi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan bahawa pada 30 tahun yang lalu, Malaysia setelah berbincang dengan negara anggota ASEAN yang lain, mengundang China menyertai persidangan peringkat menteri ASEAN ke-24 yang diadakan di Kuala Lumpur. Keputusan tersebut dianggap bijak kerana sejak itulah hubungan ASEAN-China berkembang menjadi semakin substantif dan melibatkan bidang yang semakin luas. Malaysia menyanjung tinggi peranan China dalam mendorong hubungan dialog dengan ASEAN dan menyokong kedudukan pusat ASEAN dalam urusan serantau. PM Malaysia mengalu-alukan hubungan dialog kedua-dua pihak terus ditingkatkan menjadi hubungan rakan strategik komprehensif.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn