Bantuan Vaksin Cermin Erti Sebenar Komuniti Berkongsi Nasib
CRI2021-11-19 15:11:01
Bekalan ketujuh vaksin COVID-19 yang disumbangkan China kepada Kemboja selamat tiba di Phnom Penh pada Rabu.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan timbalannya, Tea Banh hadir di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan bekalan vaksin itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Selasa menyifatkan bantuan vaksin tersebut mencerminkan erti sebenar komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Katanya, China gembira melihat Kemboja berjaya menyelesaikan program pemvaksinan fasa pertama lebih awal daripada yang dirancang, sementara pembangunan sosioekonomi pulih dengan stabil.
China bersedia terus menghulurkan bantuan vaksin dan alat perubatan mengikut keperluan Kemboja.