Bahasa Melayu

BRI: Usaha China Saling Untung, Boleh Dimanfaatkan Negara Lain

CRI2021-11-18 16:44:58

Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Datuk Mokhtar Hussain menyatakan China memperlihatkan usahanya untuk memperluas persahabatan dengan banyak negara di dunia sejak beberapa dekad yang lalu.

Menurut beliau, usaha tersebut yang disusuli dengan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bukan sahaja menguntungkan China, malah merupakan satu kerjasama yang saling menguntungkan dan boleh dijadikan contoh oleh pelbagai negara.

“Sepanjang tempoh ini, saya juga melihat perubahan di China yang boleh dicontohi banyak negara terutamanya dalam penguasaan teknologi ICT serta teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian.

“Saya kira itu (China) adalah satu rakan yang baik, yang boleh kami kongsi lebih banyak lagi pengalaman China dalam menggunakan teknologi ini, bukan saja dalam kita memajukan cara hidup rakyat, tetapi juga manfaat dari segi ekonomi,” ujar Mokhtar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada Kumpulan Media China (CMG) sempena sambutan ulang tahun ke-80 penyiaran antarabangsa China.

Dalam ucapan itu, Mokhtar berkata bahawa BERNAMA turut berkongsi kegembiraan atas kejayaan CMG khususnya dalam mewujudkan hubungan dengan media di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan harapan agar hasil yang diusahakan oleh CMG dapat dimanfaat secara bersama antara kedua-dua pihak.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn