Bahasa Melayu

Hubungan China-ASEAN, Suri Teladan di Asia Pasifik

CRI2021-11-16 15:38:03

Hubungan antara China dengan ASEAN yang melalui perkembangan selama tiga dekad menjadi suri teladan kepada kerjasama rantau Asia Pasifik.

Demikian ujar Duta Besar China ke ASEAN, Deng Xijun ketika berucap merasmikan majlis jamuan sambutan 30 tahun hubungan dialog China-ASEAN serta pameran gambar di Jakarta, Indonesia pada Isnin.

Hampir 70 orang antaranya pegawai Sekretariat ASEAN, diplomat ASEAN serta duta rakan dialog ASEAN dijemput menghadiri acara tersebut.

Deng turut mengetengahkan beberapa cadangan mengenai kolaborasi kedua-dua pihak serta pembangunan mampan, antaranya memperkasa kerjasama melawan wabak COVID-19, menggalakkan inovasi dan mengukuhkan persefahaman antara rakyat.

Cadangan lain adalah terus menjunjung multilateralisme dan regionalisme yang terbuka.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi menyifatkan hubungan ASEAN-China sebagai salah satu yang paling dinamik, konotatif dan berpengaruh di rantau ini.

Beliau menaruh harapan tinggi ke atas sidang kemuncak memperingati 30 tahun hubungan dialog China-ASEAN yang bakal dirasmikan supaya melonjakkan lagi perkongsian strategik komprehensif antara dua pihak ke tahap lebih tinggi.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn