Indonesia Terima Vaksin China Kumpulan Baharu
CRI2021-11-14 13:47:55
Dua kumpulan sebanyak 8 juta dos vaksin SinoVac China telah diterima secara berasingan oleh Indonesia pada 12 dan 13 November lalu.
Menurut jurucakap vaksinasi COVID-19 Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi, vaksin SinoVac tersebut menambahkan rizab simpanan vaksin dan memastikan kelancaran pelaksanaan program vaksinasi di negara itu.
Beliau berkata, pihaknya yakin promosi vaksinasi antara keadah penting untuk melindungi keselamatan nyawa penduduk negaranya.
Menurut rancangan terlibat, program vaksinasi Indonesia yang menyasarkan suntikan kepada lebih 123 juta penduduk dijangka selesai sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.