Bahasa Melayu

CIIE, Langkah Penting China Perluas Keterbukaan

CRI2021-11-10 12:09:04

Penganjuran Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) antara langkah penting negara ini untuk memenuhi komitmen dalam memperluas keterbukaan.

Demikian ujar ketua Pusat Promosi Perdagangan Indonesia (ITPC) di Shanghai, Indra Prahasta Ignatius dalam temu ramah eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) secara maya pada Isnin.

Indra berkata, sejak diadakan pada 2018, CIIE sentiasa menjadi tumpuan utama dan menarik penyertaan syarikat dari seluruh dunia termasuk Indonesia.

Menurut beliau, setelah ekspo edisi pertama diadakan dengan jayanya empat tahun lalu, ITPC menubuhkan agensi perwakilan di Shanghai dan kemudiannya membantu banyak produk keluaran Indonesia memasuki pasaran China melalui platform CIIE.

Contohnya, Kumpulan Mayora (PT Mayora Indah TBK), pengeluar produk makanan ringan terkenal di Asia Tenggara telah menyertai CIIE selama empat tahun berturut-turut.

Jelas Indra, Mayora malah turut menjalankan kerjasama dengan beberapa syarikat China dalam mengembangkan model komersial mengikut pasaran China, sekali gus membekalkan barang-barang yang digemari pengguna tempatan.

“Keterbukaan yang terus diperluas di China bukan sekadar menyediakan lebih banyak pilihan produk kepada pengguna domestik, malah mencipta limpahan peluang untuk produk asing,” katanya.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn