Myanmar Mendapat Vaksin Buatan China Secara Keseluruhan
CRI2021-11-08 11:30:22
Kumpulan baharu 4 juta dos vaksin COVID-19 Sinopharm China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar malam semalam.
Ini bermakna, kesemua 24 juta dos vaksin COVID-19 China yang dibeli oleh kerajaan Myanmar telah dihantar kepada negara itu secara enam kumpulan.
Sejak gelombang ketiga wabak COVID-19 melanda Myanmar, China secara aktif menghulur bantuan vaksin kepada Myanmar demi melawan pandemik ini.