Singapura, China Tandatangani 5 Perjanjian Kerjasama
Forum Ekonomi Perdagangan dan Pelaburan Singapura-China anjuran Persatuan Industri dan Perniagaan Singapura (SBF) dan Biro Pembangunan Korporat Singapura telah diadakan secara hibrid sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-4 di Shanghai semalam.
Syarikat-syarikat dari China dan Singapura telah menandatangani lima memorandum persefahaman kerjasama yang melibatkan bidang makanan, perubatan kesihatan dan urusan berkongsi pejabat. Kerjasama tersebut dijangka akan meningkatkan keupayaan penerokaan syarikat Singapura, dan membantu mereka berkongsi sumber dengan syarikat China dalam urus niaga di pasaran China yang kian berkembang pesat.
Pengerusi SBF, Lim Ming Yan menyatakan di sebalik penularan wabak COVID-19, terdapat sebanyak 45 syarikat Singapura tetap memilih menyertai CIIE tahun ini, memperlihatkan China tetap pasaran yang sangat diambil berat.