Bahasa Melayu

RCEP Dijangka Berkuatkuasa 1 Januari 2022

CRI2021-11-04 13:14:01

6 buah negara anggota ASEAN termasuk Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Singapura, Thailand dan Vietnam serta 4 buah negara bukan anggota ASEAN, iaitu China, Jepun, New Zealand dan Australia telah menyerahkan surat ratifikasi perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Menurut peraturan berkenaan, RCEP akan berkuatkuasa antara 10 negara tersebut bermula 1 Januari 2022.

Ditandatangani secara rasmi pada 15 November 2020, RCEP yang mempunyai 15 buah negara anggota, merupakan kawasan perdagangan bebas yang terbesar di dunia, dengan jumlah populasi, ekonomi dan perdagangannya masing-masing menduduki kira-kira 30% keseluruhan global. Penguatkuasaan perjanjian tersebut dijangka membawa makna penting bagi terus mendorong perdagangan bebas di rantau berkenaan, menstabilkan rantai pembekalan industri dan menggalakkan peningkatan tahap keterbukaan China ke arah yang berkualiti tinggi.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn