Bahasa Melayu

Empat Negara Lancar Rondaan Bersama di Sungai Mekong

CRI2021-10-20 15:20:42

China, Laos, Myanmar dan Thailand melancarkan operasi rondaan bersama kali ke-110 di Sungai Mekong pada Selasa.

Dua kapal membawa pegawai penguat kuasa undang-undang China yang terlibat dalam operasi tersebut bertolak dari pelabuhan Jingha di Xishuangbanna, provinsi Yunnan.

Sebelum operasi dimulakan, empat negara itu melakukan perbincangan lanjut menerusi pautan video mengenai situasi wabak COVID-19 dan keselamatan di Sungai Mekong serta operasi bersepadu yang diteruskan untuk membanteras jenayah rentas sempadan di perairan berkenaan.

Petugas dari keempat-empat negara akan bertindak tanpa kontak langsung bagi mengelakkan risiko penularan wabak.

Operasi kali ini akan dijalankan secara serentak di perairan dan darat, memfokuskan kepada usaha memerangi pengedaran dadah, kegiatan penyeludupan dan jenayah telekomunikasi.

Close
Messenger Pinterest LinkedIn